Tonto Langgar Anggota Kastam

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 6:23 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Empat anggota penguat kuasa kastam cedera apabila kenderaan mereka dipercayai dilanggar pihak tonto di Kilometer 19, susur keluar Lebuhraya Malaysia-Singapura Lintasan Kedua (LINKEDUA) di Gelang Patah dekat Iskandar Puteri Selasa.

Ketika itu mereka cuba menahan sebuah van yang disyaki membawa arak yang diseludup, kira-kira 11 pagi.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kenderaan jenis Nissan XTrail yang dinaiki mereka dilanggar dua buah kenderaan milik tonto menyebabkan anggota kastam terbabas dan melanggar tembok di tepi jalan.

Beliau berkata susulan kejadian itu, pihak polis telah membuat beberapa serbuan di sekitar Iskandar Puteri dan menahan dua lelaki berusia 38 tahun dan 61 yang dipercayai merupakan suspek utama kejadian itu.

"Polis turut merampas kenderaan jenis Ford Ranger, Honda Accord dan sebuah van yang digunakan oleh kumpulan penyeludup tersebut. Rakan sejenayah yang masih bebas telah dikenal pasti dan sedang diburu," kata beliau dalam satu kenyataan, Rabu.

Wan Ahmad Najmuddin berkata kedua-dua anggota tonto itu akan dipohon reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut berkaitan aktiviti penyeludupan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan bunuh.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan