Lapan Ditangkap Susulan Kes Tembak Taman OUG

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 10:51 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menyelesaikan insiden tembakan di Taman OUG yang meragut nyawa seorang ejen hartanah dan menyebabkan kecederaan parah anak perempuannya.

Menerusi Twitter pada Rabu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lapan tangkapan dibuat berhubung kes itu.

"Syabas STAFFOC dan JSJ KL @PDRMsia selesaikan kes tembak wanita dan anak di OUG, tangkap 8 orang di KL dan Perak, rampas pistol semalam. #GoPDRMGo," tulis Khalid di Twitter.

Dalam kejadian pada 6 Julai lalu, mangsa seorang wanita yang berusia 32 tahun maut ditempat kejadian manakala seorang anaknya cedera selepas kenderaan jenis Toyota Vellfire yang mereka naiki ditembak oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Ketika kejadian mangsa sedang memandu bersama lima orang anaknya yang berusia antara dua hingga 13 tahun serta seorang pembantu rumah.

Suspek melepaskan lima das tembakan dari jarak dekat di cermin tingkap sebelah pemandu dan satu daripada tembakan itu mengenai leher mangsa.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan