Polis Rampas 'Kenderaan Tentera' - Berita Jenayah | mStar

Polis Rampas 'Kenderaan Tentera'

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 1:40 PM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Polis merampas sebuah kenderaan menyerupai pelancar roket tentera mudah alih yang digunakan sebagai gimik untuk mempromosikan sebuah kafe di sini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, anggota polis menerima maklumat mengenai kenderaan tersebut yang dilihat berkeliaran di kawasan ini kira-kira pukul 11.30 pagi, Selasa.

Tambahnya, kenderaan yang ditahan di Jalan Semarak Api berhampiran University Multimedia itu telah di ubahsuai untuk menyerupai kenderaan tentera siap dilengkapi dengan dua pelancar roket.

Beliau berkata polis menghampiri kenderaan itu dan mengarahkan ia berhenti sebelum menahan dua lelaki dan merampas kenderaan.

ACP Abdul Aziz berkata, pemilik kenderaan itu mendakwa menggunakannya sebagai gimik untuk perniagaan kafe.

Tags / Kata Kunci: kenderaan , ubahsuai , tentera
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan