Cucu Pukul Nenek Hingga Mati

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 6:16 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis menahan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang warga emas yang dipercayai dibelasah cucunya sendiri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supt Rohana Omar berkata suspek yang berusia 29 tahun ditahan kira-kira 2.30 petang tadi di sebuah pondok berdekatan Muzium Padi di sini.

Mangsa Aton Ahmad, 86, meninggal dunia pada pukul 4 pagi tadi setelah menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah di sini. 

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 7 malam pada Sabtu lalu.

Wanita berkenaan cedera di hidung dan telinga dalam kejadian di rumahnya di Gunung Keriang dekat sini.

"Mangsa dibawa ke hospital pada hari kejadian untuk rawatan tetapi meninggal dunia hari ini. Bedah siasat akan dijalankan untuk pengesahan punca kematiannya," tambahnya.

Sementara itu anak mangsa, Zakaria Ismail, 54, berkata pada hari kejadian, beliau yang baru balik dari membeli makanan di kawasan berhampiran terdengar bunyi bising dari dalam rumah ibunya.

"Apabila saya masuk ke dalam rumah, saya lihat rumah dalam keadaan berselerak dan barang elektrik banyak yang rosak. Kemudian saya naik ke tingkat atas dan saya lihat mak saya terbaring dengan hidungnya berdarah.

"Saya juga nampak anak saudara saya berada di situ," katanya dan menambah beliau kemudiannya membawa ibunya ke hospital.

Zakaria berkata rumah itu didiaminya bersama ibunya, anak saudaranya itu dan seorang kakaknya.

"Anak saudara saya tidak bekerja dan dia sering meminta wang daripada saya dan sering keluar malam. Saya sendiri pernah dipukul jika tidak memberi wang kepadanya," katanya.

Tags / Kata Kunci: pukul nenek , Aton Ahmad

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan