Ahli Perniagaan Ditemui Mati Dalam Tab Mandi Hotel

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 8:42 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Seorang ahli perniagaan ditemui mati berlumuran darah dalam tab mandi dengan kesan kelar di pergelangan tangan dan luka di seluruh badannya dalam kejadian di sebuah hotel di USJ1.

Satu sumber yang rapat dengan penyiasatan itu berkata, ahli perniagaan berusia 43 tahun itu masuk ke hotel itu pada Ahad dan sepatutnya mendaftar keluar pada 12.30 tengahari hari berikutnya.

Sumber itu berkata, seorang pekerja hotel telah dihantar ke biliknya apabila lelaki itu gagal keluar pada masa yang ditetapkan, Isnin.

"Pekerja itu mengetuk pintu dan membunyikan loceng berkali-kali tetapi tidak ada jawapan.

"Petugas itu kemudian menggunakan kunci utama untuk membuka pintu, tetapi ia hanya terbuka sedikit.

"Pintu tidak dapat dibuka sepenuhnya kerana dikunci dengan rantai," jelas sumber itu.

Sumber itu berkata, pekerja itu telah memaklumkannya kepada pengurus bertugas dan dia telah dimaklumkan bahawa bilik itu diduduki oleh seorang tetamu lelaki.

"Pengurus itu meminta pekerja berkenaan meninggalkan tetamu itu seketika dan kembali membuat pemeriksaan pada waktu lain.

"Pada pukul 8.30 malam, seorang tukang cuci telah dihantar untuk memeriksa tetamu itu. Sekali lagi tidak ada tindak balas.

"Tukang cuci itu terpaksa membuka pintu dan melihat darah berlumuran di lantai, katil dan bilik mandi," jelas sumber itu.

Ahli perniagaan itu memakai pakaian berwarna hitam, ditemui terbaring dalam tab mandi dengan luka di seluruh badannya.

Dia meninggalkan nota bunuh diri.

Sumber polis berkata, ahli perniagaan itu telah mengambil tablet aspirin dan racun tikus sebelum mengelar pergelangan tangan, leher dan bahagian badannya yang lain.

Difahamkan, dia telah membeli pisau dari kedai berhampiran hotel sebelum dia ditemui mati.

Menurut sumber itu, si mati telah meminjam wang daripada Ah Long.
Tags / Kata Kunci: bunuh diri , hutang Ah Long , kelar tangan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan