Wanita Melecur Disambar Api Ketika Isi Minyak Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2016 6:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wanita yang melecur badannya selepas disambar api ketika menggunakan telefon bimbit semasa mengisi minyak di Taman Setapak Indah pada 28 Jun lalu, meninggal dunia Ahad lepas.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif setelah beliau dimaklumkan oleh keluarga mendiang, Selasa.

T. Sarifhla, 25, meninggal dunia pada pukul 5 pagi di Hospital Kuala Lumpur.

"Perkara ini dimaklumkan oleh keluarga mendiang hari ini dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya kepada Bernama.

Pada 28 Jun lepas, Sarifhla melecur 60 peratus di bahagian badannya apabila telefon bimbit yang sedang digunanya disambar api.

Mangsa dikatakan sedang mengisi minyak sambil menggunakan telefon bimbit sebelum berlaku percikan api hingga menyambar telefon bimbitnya dalam kejadian 1.25 tengah hari itu.

Wanita itu dipercayai bertindak masuk ke dalam keretanya dan menutup pintu kereta jenis Perodua Axia itu.
Tags / Kata Kunci: wanita melecur , isi minyak , T. Sarifhla

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan