Lima Lagi Rakyat Malaysia Dipercayai Diculik Di Perairan Sabah

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2016 1:45 PM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Lima pelayar Malaysia, yang dilaporkan hilang dari sebuah kapal tunda di perairan Lahad Datu pada Isnin mungkin telah diculik.

"Kami tidak menolak kemungkinan lima yang berkenaan diculik," kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun kepada pemberita di Lahad Datu pada Selasa.

Beliau berkata, sehingga kini tiada panggilan diterima oleh keluarga kru kapal tunda itu.

Malah Rashid turut menafikan khabar angin bahawa pemilik kapal tunda itu telah menerima panggilan pada lewat Isnin dan penculik menuntut 200 juta Pesos (RM20 juta) dan juga telah bercakap dengan mangsa.

"Tiada sebarang panggilan," katanya.

Beliau berkata mereka masih menyiasat kehilangan lima anak kapal yang dikenal pasti sebagai tiga rakyat Sabah iaitu Abd Rahim Summas, 62, Mohd Zumadil Rahim, 23 dan Fandy Bakran, 26.

Selain itu seorang lagi yang berasal dari Sarawak ialah Tayudin Anjut, 45, dan Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari semenanjung.

Kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kemungkinan lima yang berkenaan diculik penculik terkenal dari Selatan Filipina.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan