Elak Dicekup, Wanita Filipina Ditemui Mati

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2016 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Filipina ditemui mati ketika cuba melarikan diri daripada dicekup pihak polis yang menjalankan operasi khas bagi membanteras kegiatan pelacuran dan pemeriksaan warga asing di sekitar Bukit Bintang.

Mangsa berusia 32 tahun itu mati selepas didakwa terjatuh dari tingkat 15 bangunan Kompleks Sun di sini pada Ahad.

Mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian muka, kaki dan badan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata operasi yang bermula tengah malam tadi berjaya mengesan beberapa premis judi dan pusat hiburan yang menjadi lubuk maksiat di beberapa kawasan hitam sekitar Kompleks Sun.

Seramai 500 anggota polis diketuai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Supritenden Muhamad Shamsudin terlibat dalam operasi berkenaan yang berakhir sekitar jam 6 pagi.

Ikuti laporan lanjut di mStar TV.

Tags / Kata Kunci: Kompleks Suns , Bukit Bintang

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan