Lagi Suspek Serangan Bom Di Puchong Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2016 9:19 PM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan beberapa lagi suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden serangan bom tangan di sebuah premis hiburan di Puchong.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata kesemua suspek merupakan tangkapan terbaru selepas tertangkapnya 15 individu lain pada 28 Jun dan 1 Julai lepas.

"Kesemuanya dipercayai terlibat dalam kegiatan Daesh. Bagaimanapun, dua lagi suspek utama yang terlibat dalam kejadian itu masih belum ditangkap dan PDRM masih mengesan mereka," katanya tanpa mendedahkan bilangan suspek yang ditahan.

Khalid ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Cawangan Khas Bukit Aman di Mes Pegawai Kanan di sini Isnin yang turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Kejadian letupan di premis hiburan di IOI Boulevard, Puchong pada 28 Jun lepas menyebabkan lapan orang cedera, seorang daripadanya parah.

Polis kini memburu dua warga tempatan yang dikenali sebagai Md Saifuddin Muji, 28, dan Jasanizam Rosni, 33, masing-masing dari Johor kerana dipercayai menerima arahan daripada anggota kumpulan pengganas Daesh Malaysia di Syria untuk melakukan serangan terbabit.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai motif kejadian tembak melibatkan seorang ejen hartanah wanita yang maut di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG, 1 Julai lepas, Khalid berkata motif kejadian masih dalam siasatan.

"Saya tidak akan mendedahkan motif kejadian itu, biarlah motif kes berkenaan didedahkan di mahkamah," katanya.

Dalam kejadian itu, seorang anak mansa turut cedera selepas kenderaan yang mereka naiki ditembak penyerang. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: suspek bom , Puchong

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan