Bot Tunda Tanpa Kru Dijumpai Terdampar

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2016 10:02 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sebuah bot tunda tanpa kru dengan enjin masih hidup ditemukan terdampar di kawasan perairan Dent Heaven, Tambisan, Lahad Datu pagi Isnin.

Difahamkan, pihak berkuasa masih menyiasat perkara itu termasuk lima kru bot tunda rakyat tempatan yang dipercayai menaiki bot tunda berkenaan.

Bot tunda itu difahamkan akan dibawa ke pangkalan marin Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun ketika dihubungi berkata pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pegawainya berhubung kejadian itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: bot tunda , terdampar , Lahad Datu

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan