KPN Akui Terima Ancaman Keselamatan Terbaharu

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2016 11:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengakui masih menerima ancaman keselamatan daripada beberapa pihak berikutan ketegasan pihaknya dalam membanteras ancaman militan Daesh di negara ini.

Beliau berkata ancaman terbaharu diterimanya lima hari lepas susulan beberapa ancaman diterima beliau dan beberapa pegawai kanan polis baru-baru ini.

"Saya masih menerima ancaman ini (Daesh) namun itulah lumrah sebagai seorang ketua yang menjaga keselamatan negara.

"Saya juga menjangkakan perkara ini dan ia bukanlah perkara yang baharu. Tiada apa yang perlu dirisaukan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Cawangan Khas Bukit Aman di sini, Isnin.

Menyentuh penemuan objek dipercayai bom buatan sendiri di dalam kawasan semak berhampiran rel kereta api di Jalan Kolam Air 9, Sentul, di sini pada 13 Julai lalu, Khalid berkata ia tidak mempunyai kaitan dengan Daesh.

"Setakat ini, penemuan objek terbabit sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas dan ia hanyalah merupakan masalah dalaman.

"Bagaimanapun, polis telah menemui beberapa petunjuk yang boleh membantu siasatan," katanya.

Khalid berkata pihaknya akan sentiasa mengambil langkah membuat kawalan di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai yang mungkin menjadi sasaran ancaman kumpulan pengganas. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan