Pembunuhan Bill Kayong: Suspek Bergelar 'Datuk' Dipercayai Berada Di Australia

Diterbitkan: Ahad, 17 Julai 2016 5:39 PM

Dev Kumar

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Polis mengesahkan seorang suspek bergelar 'Datuk', yang diburu berikutan kes pembunuhan Setiausaha PKR cawangan Miri, Bill Kayong atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah, dipercayai berada di Australia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata suspek melarikan diri ke luar negara pada 23 Jun, dua hari selepas kejadian.

"Kita akan menggunakan saluran undang-undang yang ada untuk membawa suspek balik ke negara ini," katanya ketika dihubungi, Ahad.

Ketika ditanya mengenai dua lagi suspek yang juga sedang diburu, Dev Kumar berkata mereka berdua dipercayai masih berada di dalam negara dan usaha mengesan terus giat dilakukan.

Pada Jumaat (15 Julai), dua lelaki yang ditahan berhubung pembunuhan Kayong dihadapkan di Mahkamah Majistret Miri.

Mohamad Fitri Pauzi, 29, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Kayong, 43, pada 21 Jun kira-kira 8.20 pagi di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasaraya E-Mart Jalan Miri-Bintulu.

Tertuduh kedua, Lie Chang Loon, 37, didakwa bersubahat dengan Mohamad Fitri mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

Tags / Kata Kunci: Bill Kayong

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan