Polis Tembak Mati Lelaki Bunuh Empat Ahli Keluarga

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2016 9:29 PM

Anggota polis forensik membuat pemeriksaan pada kereta yang dinaiki suspek.
 -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Suspek kes bunuh empat sekeluarga di kilang pemprosesan ayam di Batu Maung di sini, ditembak mati oleh polis di Jalan Balik Pulau, Air Itam pada Khamis.

Chung Chun Wah, 32, diburu polis sejak awal pagi Rabu selepas dia menembak mati empat anggota keluarganya termasuk anak saudaranya yang berusia dua tahun pada pukul 2.55 pagi.

Chung ditembak berhampiran kuil Buddha Kek Lok Si, kuil Buddha yang terbesar di Asia Tenggara yang merupakan tempat tumpuan pelancong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Razaruddin Hussain berkata polis menembak mati lelaki itu kira-kira pukul 7 malam ini.

"Penjenayah berjaya ditumpaskan di pekan Air Itam," katanya.

Dalam kejadian pukul 2.55 pagi semalam, empat sekeluarga Toh Hock Choon, 50, dan pasangannya Tan Saw Sim, 55, serta Chung Wah Tong, 28, dan anak lelakinya Chung Ay Dey, 2, yang dikenali sebagai Ah Bee.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitternya ketika mengucapkan tahniah atas kejayaan itu, berkata "Syabas STAFFOC@PDRMsia tumpaskan penjenayah selepas berbalas tembak di Air Itam Pg tadi. Suspek disyaki terlibat kes bunuh empat sekeluarga".

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan