Pemandu Bas Persiaran Rempuh 10 Kenderaan Bebas Dengan Jaminan Polis

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2016 12:00 PM

Bas persiaran yang merempuh 10 kenderaan lain dalam kemalangan di Kilometer 265.8 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, selepas Terowong Menora, 10 Julai lalu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pemandu bas persiaran yang merempuh bahagian belakang 10 kenderaan lain berhampiran Terowong Menora Ahad lalu dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman empat hari berakhir Khamis.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata pemandu berkenaan yang berumur 51 tahun belum boleh didakwa kerana polis belum menerima laporan daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

"Kami telah merujuk kertas siasatan kes kepada timbalan pendakwa raya semalam dan apabila laporan (Puspakom) siap kami akan rujuk semula kepadanya," katanya kepada pemberita selepas program 'High Profile Policing' di Tesco Pengkalan di sini Khamis.

Menurut Sum, pihak polis juga telah mengambil keterangan semua pemilik kenderaan serta penumpang bas yang terlibat untuk membantu siasatan.
Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang itu, bas tersebut merempuh 10 kenderaan lain di Kilometer 265.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan kerana dipercayai mengalami masalah brek.

Semua 28 penumpang bas, pemandu dan penumpang kenderaan lain selamat kecuali hanya seorang wanita berumur 21 tahun yang mengalami kesakitan di bahagian perut.

Bas persiaran itu mempunyai 63 saman tertunggak atas pelbagai kesalahan, manakala pemandu berkenaan memiliki sembilan saman tertunggak atas pelbagai kesalahan termasuk memandu laju sejak 2011 hingga 2015.
Tags / Kata Kunci: rempuh kereta , Qistina , pemandu bas

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan