Pelajar Awisar Maut Digilis Treler

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2016 1:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Seorang pembonceng motosikal maut akibat digilis tayar sebuah treler panjang sementara penunggangnya cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sejingkat di sini pagi Khamis.

Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini mengesahkan mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Tomy anak Terus berumur 21 tahun, manakala mangsa yang cedera parah bernama Gabriel Anak Melaka, berusia 20 tahun, kedua-duanya pelajar 'Automotif Welding Institute Of Sarawak' (Awisar) di sini.

Pemandu treler bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, kata jurucakap berkenaan.

Katanya, ketika kejadian treler berkenaan membawa muatan sebuah jentolak dan mesin pemotong jalan.

Beliau berkata anggota bomba menggunakan peralatan khas 'power unit air bag' untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah tayar treler terbabit.

Tags / Kata Kunci: Awisar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan