Dua Lagi Kuil Dirosakkan

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2016 10:59 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Dua lagi kuil Hindu dekat Mahang dan Selama telah dirosakkan, tiga hari selepas kejadian yang sama berlaku di sebuah kuil di Pulau Pinang.

Kuil-kuil yang dirosakkan dipercayai berusia lebih 100 tahun, terletak pada jarak kira-kira 4km antara satu sama lain.

Penjaga Kuil Sri Maha Muthumariamman di Mahang mendapati patung dewa setinggi 0.9 meter itu telah dialihkan dari tempat asalnya dan dirosakkan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi Selasa.

Dipercayai si pelaku telah memasuki premis kuil berkenaan melalui pintu pagar yang tidak dikunci.

Insiden kedua di kuil Suba Sri Sakthi Kanagavalli dekat estet Tong Hurst, Selama, disedari penjaga kuil berkenaan pada tengah hari, hari yang sama.

Selain itu, dia mendapati pintu kayu untuk ke dewan utama kuil itu telah terbuka dan dua patung dewa telah patah.

Difahamkan patung-patung yang dirosakkan adalah antara patung dewa utama.

Barang kemas yang disimpan di bawah patung-patung di kedua-dua kuil juga telah hilang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Barudin Wariso berkata kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk dan mencuri.

Dua suspek telah ditahan bagi membantu siasatan kedua-dua kes.

Dalam tempoh dua bulan lalu, empat buah kuil Hindu di Pulau Pinang telah dirosakkan selain Kuil Sri Dharma Muniswarar dan Kuil Muthu Mariamman di Seberang Prai turut dirosakkan bulan lepas.

Selain itu, Kuil Dewa Dri Mathuraiveeran di Kampung Sungai Nibong Kecil, Bayan Baru, juga mengalami nasib yang sama awal bulan ini.

Kes terbaru vandalisme berlaku pada Ahad di Kuil Sri Muneeswarar di Jalan Tengku Kudin, di mana tiga patung dewa berkenaan telah rosak.

Di Ipoh, patung di Kuil Sri Muneswarar Amman juga dirosakkan pada April lalu.
Tags / Kata Kunci: vandalisme , kuil Hindu

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan