Aliran Trafik Perlahan Akibat Kemalangan Dari Bukit Tambun Ke Juru

Diterbitkan: Rabu, 13 Julai 2016 10:57 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik perlahan di KM 148.2 arah utara dari Bukit Tambun ke Juru sejak pukul 9 pagi Rabu akibat kemalangan membabitkan dua lori.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata kerja mengalihkan kenderaan sedang dilakukan dan tiada lorong yang terhalang disebabkan kemalangan itu.

"Trafik di lebuh raya utama negara pula dilaporkan berjalan lancar setakat 10 pagi ini dan tiada kesesakan lalu lintas dilaporkan sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)," katanya.

Sementara itu, aliran trafik di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur (LPT) turut dilaporkan bergerak lancar.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik LPT 2 di kedua-dua arah juga bergerak lancar tanpa sebarang gangguan.

"Keadaan trafik sekarang adalah lancar dan kami tidak menerima sebarang aduan mengenai kemalangan setakat ini," katanya.

Orang ramai boleh mengetahui maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kemalangan , Bukit Tambun , Juru

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan