Polis Tahan Lima Suspek Kes Bunuh Wanita

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2016 5:43 PM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Polis menahan lima suspek termasuk seorang wanita dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang wanita di Taman Semarak di sini, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 20-an itu ditahan di beberapa lokasi di daerah ini antara 4 Julai lalu sehingga semalam.

Beliau berkata dalam kejadian pada 1 Julai lalu, seorang lelaki berusia 20-an bertindak memukul isterinya hingga mati di sebuah rumah di taman berkenaan, dipercayai bermotifkan cemburu.

"Selain suspek, empat rakannya dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

"Semua mereka memukul mangsa mengakibatkan kecederaan di bahagian kepala," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Zaldino berkata sebaik menerima laporan dari orang awam, polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mangsa yang berusia 25 tahun itu mati dengan beberapa kesan kecederaan.

"Hasil risikan dijalankan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) negeri dan daerah berjaya menahan semua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Tags / Kata Kunci: Nilai , Polis , Bunuh

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan