Suspek Kesembilan Bunuh Bill Kayong Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2016 12:38 PM

Bill Kayong dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Lambir, Miri. - foto AZULAZHAR SHBELEE/The Star

(Ubah saiz teks)

MIRI: Seorang suspek lelaki berumur 27 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh Setiausaha PKR Cawangan Miri, Bill Kayong yang ditembak mati di persimpangan lampu isyarat di Lutong pada 21 Jun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar M. M. Sree Shunmugam berkata suspek itu ditahan pada pukul 6 petang semalam di sebuah restoran di Jalan Bendahara, di sini dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Miri hari ini untuk mendapatkan perintah reman.

"Dia adalah suspek kesembilan setakat ini, lapan daripadanya masih lagi ditahan termasuk yang terbaru ini," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

"Siasatan masih dijalankan dan kami jangka untuk mengemukakan hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada minggu ini,' katanya.

Kayong, 43, yang tewas dalam Pilihan Raya Negeri bagi kerusi Bekenu pada 7 Mei lepas, ditembak oleh individu tidak dikenali pada pukul 8.30 pagi ketika sedang menunggu lampu isyarat dalam kenderaannya jenis Toyota Hilux.

Tags / Kata Kunci: Bill Kayong

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan