Pengerusi MyWatch Direman 21 Hari Di Bawah Poca

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2016 4:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan direman 21 hari bermula hari ini di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Peguam Sanjeevan, S. Prakash memberitahu pemberita bahawa Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membenarkan permohonan polis mereman anak guamnya hingga 31 Julai.

Prakash berkata beliau membantah permohonan itu kerana berpendapat ia tidak tertakluk di bawah POCA dan reman boleh dilanjutkan hingga 38 hari.

Tetapi ketua penolong pengarah D7 Bukit Aman, SAC Roslee Chik memberitahu Bernama bahawa Sanjeevan ditahan di bawah Seksyen 3 (1) POCA kerana ugutan jenayah dan peras ugut.

Terdahulu, Sanjeevan dan pemandunya, seorang warga India, ditahan di bawah seksyen 506, Seksyen 384 dan 385 Kanun Keseksaan kerana dikata melakukan ugutan jenayah dan peras ugut dekat Plaza Tol Nilai pada 22 Jun.

Beliau ditangkap berikutan laporan polis dibuat oleh seorang pengadu yang mendakwa suspek mengugut menyebarkan fitnah terhadapnya menerusi laman sosial Facebook. 

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan