Budak Cedera Dilibas Helikopter Kawalan Jauh - Berita Jenayah | mStar

Budak Cedera Dilibas Helikopter Kawalan Jauh

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2016 1:11 PM

Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun cedera di bahagian kepala apabila terlibas helikopter kawalan jauh dalam satu pameran yang diadakan di padang Pekan Kampung Lalang, Baling pada Sabtu.

Mangsa Muhammad Ammar Izzudin dari Kampung Charok Bunting dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada pukul 6 petang selepas kejadian itu berlaku bagi menerima jahitan.

Bapanya yang mahu dikenali sebagai Zamri kelihatan agak tertekan dan menolak untuk ditemuramah media ketika ditemui di hospital.

Difahamkan, sewaktu kejadian Muhammad Ammar sedang leka menonton beberapa model kapal terbang sebelum kejadian tersebut berlaku.

Tags / Kata Kunci: Baling , Helikopter

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan