Tiga Rakyat Indonesia Diculik Di Lahad Datu

Diterbitkan: Ahad, 10 Julai 2016 5:15 PM

Abdul Rashid Harun

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Tiga rakyat Indonesia diculik lima lelakibersenjata di perairan Felda Sahabat, dekat sini ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan pada 11.40 malam Sabtu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata mangsa yangdikenali sebagai Lorence Koten, 34; Teo Dorus Kopong, 42; dan Emanuel, 46; bekerja di sebuah kapal pukat tunda milik syarikat tempatan yang turut dinaiki empat anak kapal.

Katanya, ketika kejadian kesemua tujuh anak kapal yang berada di atas kapal pukat tunda itu sedang melakukan aktiviti menangkap ikan, sebelum dipintas sebuah bot laju yang dinaiki lima penjenayah berkenaan.

"Apabila berjaya memintas kapal pukat tunda itu, tiga daripada suspek yang antaranya bersenjatakan senapang M16 dan M14 naik ke atas kapal dan bertindak menggeledah dan mengambil semua telefon serta beberapa dokumen termasuk pas pengecualian perintah berkurung.

"Suspek kemudiannya melarikan tiga mangsa berkenaan. Bagaimanapun empat lagi anak kapal dibebaskan oleh penjenayah itu," katanya pada sidang media di sini,Ahad.

Abdul Rashid berkata semasa kejadian itu tiada sebarang kekerasan serta kecederaan dilaporkan dan kempat-empat mangsa yang dibebaskan kini sedang diambil keterangan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa culik berkenaan mempunyai pasport dan mengikut keterangan mangsa yang dibebaskan, suspek menggunakan Bahasa Melayu, namun bukan loghat tempatan.

"Setakat ini belum ada panggilan telefon yang diterima oleh majikan untuk meminta wang tebusan dan kami berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi...bagi peluang polis untuk menjalankan siasatan lanjut," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Datuk Abdul Rashid Harun , Culik , Lahad Datu

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan