Lima Nelayan Hilang Sejak 28 Jun, Ditemui Selamat

Diterbitkan: Ahad, 10 Julai 2016 4:08 PM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Lima nelayan yang hilang di laut sejak 28 Jun lalu dijumpai selamat pagi tadi selepas dibantu sekumpulan nelayan Vietnam, pada Sabtu.

Lima nelayan terbabit, Kamaruzaman Awi, 43, (tekong bot); bersama adiknya Roslin Awi, 38; dua sepupunya Mohamad Zamri Ab Rahman, 43; Abdullah Ab Rahman, 25; serta rakannya Zakaria Mamat, 39; selamat sampai di Jeti Kuala Dungun,  kira-kira 9 pagi Ahad.

Ketika dijumpai mangsa dalam keadaan keletihan dan dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Terdahulu Kamaruzaman ketika ditemui Bernama berkata mereka semua sepatutnya pulang untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing selepas empat hari berada di laut.

Namun katanya enjin bot mereka gagal dihidupkan selepas mengalami kerosakan bateri, sejak 1 Julai lalu ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Dungun.

Katanya nasib mereka baik kerana kira-kira 6 petang semalam sebuah bot nelayan Vietnam memberikan bantuan sebelum bot yang dinaiki mereka berjaya dihidupkan sebelum bertolak pulang.

"Sepanjang sembilan hari hanyut bekalan makanan juga sudah habis...namun bersyukur kami semua selamat sampai di Dungun sebelum kami dibawa ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan," katanya. 

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan