Mayat Berulat Ditemui Di Ayer Tawar

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2016 10:09 PM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan muka berulat dipercayai disamun di sebuah ladang kelapa sawit di Ayer Tawar, Sitiawan dekat sini pagi Jumaat.

Ting Kwong Boh, 38, ditemui mati oleh orang awam kira-kira pukul 9.30 pagi dengan kesan luka dan lebam di badan, manakala keseluruhan mukanya berulat.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata ayah mangsa memaklumkan anaknya keluar dari rumah di Taman Hijau, Sitiawan pada 12.05 tengah malam Rabu untuk berjumpa rakan selepas menerima panggilan telefon.

"Bapa mangsa menghubungi mangsa pukul 10.30 pagi (Rabu) sebelum mangsa memberitahu dia dipukul dan ditinggalkan di kebun kelapa sawit di Kampung Bharu, Ayer Tawar di sini oleh individu tidak dikenali.

Mangsa memberitahu ayahnya bahawa kereta Toyota Altis miliknya turut dilarikan," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Tengku Mohd Zailan berkata polis berjaya menemukan kereta mangsa dalam keadaan rentung dan mayat mangsa ditemui dengan berpakaian lengkap di kebun sawit yang sama.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan