Lelaki Mahu Jadi Gigolo Ditipu

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2016 9:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Hasrat seorang lelaki untuk memperoleh wang segera dengan menjadi gigolo berkecai apabila dia sebaliknya ditipu sebanyak RM2,500.

Choo, 37, berkata dia memerlukan wang untuk memenangi semula hati teman wanitanya selepas mereka bergaduh.

Dia akhirnya bertindak berurusan dengan 'ejen escort lelaki' yang diperkenalkan oleh kawan-kawannya.

"Ejen ini yang bernama Kent memberitahu, saya boleh menjana pendapatan sehingga RM3,000 dalam masa tiga jam," kata Choo di pejabat Adun Teruntum, Sim Chon Siang di sini pada Jumaat.

Walau bagaimanapun, Choo diminta mendepositkan RM1,000 ke dalam akaun bank ejen sebagai yuran pemprosesan dan RM1,500 lagi sebagai bayaran pencarian.

Choo diberitahu bahawa pelanggan pertamanya adalah seorang pengurus bank berusia 35 tahun, tetapi apabila dia muncul di hotel untuk temujanji itu pada pukul 2.45 pagi pada 3 Julai, tiada siapa yang berada di sana.

"Saya cuba menghubungi Kent tetapi dia telah menyekat panggilan saya. Saya kemudian menyedari bahawa saya telah ditipu. Saya hanya mahu Kent kembalikan wang saya," katanya.

Sim menasihatkan Choo supaya membuat laporan polis kerana dia adalah mangsa penipuan.

Sim juga berkata pemeriksaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan bahawa akaun bank Kent telah didaftarkan sebagai sebuah kedai pakaian dan aksesori di Kuala Lumpur.

"Ini mungkin satu sindiket menipu ramai lelaki," katanya.

Tags / Kata Kunci: Sindiket Penipuan , Escort Lelaki , Gigolo

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan