Warga Filipina Cedera Terlanggar Papan Tanda

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2016 2:31 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang warga Filipina berusia 39 tahun patah kaki selepas kereta dinaiki terlanggar papan tanda tunjuk arah berdekatan Horizon Hills, Iskandar Puteri di sini pada Jumaat.

Kereta Proton Satria yang dipandu Corleon Torralba itu dikatakan hilang arah sebelum terlanggar tiang berdekatan Jalan Persiaran Timur.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Mohd Farid Mohammad Sukhairi berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan tersebut kira-kira pukul 9.30 pagi Jumaat.

"Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu. Kami berjaya keluarkan mangsa dan terus menghantarnya ke Hospital Sultanah Aminah untuk dapatkan rawatan.

"Tiada penumpang lain di dalam kereta itu," kata Mohd Farid dalam satu kenyataan.

Tags / Kata Kunci: proton satria , johor bahru , kemalangan

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan