Akibat Bunyikan Hon, Lelaki Cedera Ditetak

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2016 12:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Akibat membunyikan hon terhadap pemandu yang memotong keretanya, seorang lelaki cedera ditetak dengan parang panjang dalam kejadian di Jalan Buluh Gading, di sini Khamis.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang ketika mangsa bersama isteri dan dua orang anaknya yang menaiki Honda City dalam perjalanan dari Kemaman menghala ke Besut untuk menziarahi saudara mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata sejurus tiba di lokasi kejadian, sebuah Perodua Kancil yang dinaiki dua lelaki telah mencelah dan memotong kereta yang dinaiki empat sekeluarga itu.

Terkejut dengan tindakan itu, mangsa yang berusia lingkungan 42 tahun bertindak membunyikan hon keretanya, namun perbuatan itu mengakibatkan pemandu Perodua Kancil itu keluar dari keretanya dan menuju ke arah kereta pengadu sambil memegang sebilah parang panjang.

"Mangsa turut keluar dari kereta dan berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa sehingga masuk ke dalam semak berhampiran jalan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Wan Abd Aziz berkata orang ramai yang melihat kejadian itu cuba menghampiri serta membantu mangsa dan melihat kehadiran orang ramai, suspek melarikan diri dengan memecut laju menghala ke arah Batu Enam.

Berikutan insiden itu, mangsa cedera di lengan kiri akibat ditetak selain luka di kepala.

"Orang ramai telah menghubungi ambulans dan anggota polis peronda yang kebetulan tiba di tempat kejadian telah mengawal keadaan," katanya.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti suspek yang berusia sekitar 20-an dan tindakan memburu mangsa sedang dilaksanakan.

Wan Abd Aziz berkata telefon bimbit dipercayai milik suspek turut dijumpai di tempat kejadian oleh orang awam dan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Tags / Kata Kunci: Terengganu , Tetak

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan