Dua Maut, Serangan Di Pub Di Publika

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2016 5:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua maut manakala seorang lagi dalam keadaan kritikal susulan serangan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di sebuah pub di Jalan Dutamas 1 di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, insiden berlaku pada kira-kira pukul 11 malam Rabu.

"Kita menerima panggilan menerusi MERS 999 mengenai seorang lelaki bersenjatakan parang menetak seorang lelaki di sebuah pub di Publika, Solaris Dutamas.

"Berdasarkan rakaman CCTV di kawasan itu, dua kenderaan berhenti di hadapan pub dan sekurang-kurangnya enam suspek bersenjatakan parang dan memakai topeng keluar dari kenderaan itu.

"Salah seorang suspek menghampiri mangsa yang duduk di hadapan pub, dan mula menyerang mereka manakala suspek yang lain masuk ke dalam pub," katanya ketika dihubungi pada Khamis. 

Beliau berkata, dua mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia 21 dan 23 tahun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Kuala Lumpur, manakala seorang lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti berada dalam kritikal tetapi stabil.

"Berdasarkan bedah siasat, kematian kedua-dua mangsa disebabkan beberapa kesan tetakan.

"Susulan kejadian itu, kita menahan enam suspek pada kira-kira pukul 2 pagi Khamis," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan