Wanita Maut, Anak Kritikal Ditembak Di Taman OUG

Diterbitkan: Rabu, 6 Julai 2016 5:53 PM

Lokasi kejadian tembakan di Taman OUG pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ejen hartanah mati ditembak dari jarak dekat oleh dua penyerang tidak dikenali semasa mangsa memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) mewahnya di Taman OUG di sini.

Anak perempuan mangsa berusia lapan tahun, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan turut ditembak dan berada dalam keadaan kritikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, insiden berlaku pada pukul 2.28 petang Rabu di Jalan Hujan Mas.

"Kita bergegas ke lokasi kejadian dan menemui wanita itu dalam keadaan tidak bernyawa di dalam kereta Toyota Vellfire.

"Berdasarkan siasatan, mangsa keluar untuk makan di restoran berdekatan.

"Mangsa keluar bersama lima anaknya dan seorang pembantu rumah apabila dua lelaki yang menaiki motosikal menghampiri kenderaan mangsa dan melepaskan tembakan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata, suspek dipercayai melepaskan lima tembakan dan salah satunya mengenai wanita berusia 32 tahun itu.

"Anak perempuannya yang duduk bersebelahan turut ditembak dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan rawatan," katannya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan