Polis Selesai Kes Bunuh Bill Kayong

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2016 8:26 PM

Allahyarham Bill Kayong.

(Ubah saiz teks)

MIRI: Polis berjaya menyelesaikan kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong apabila senapang patah yang dipercayai digunakan untuk menembak mangsa ditemui di rumah salah seorang suspek di Jalan Hai Nam Lama di sini, Selasa.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata, suspek yang telah ditahan reman sebelum ini telah membawa pasukan penyiasat ke rumahnya pada pukul 5 petang dan menunjukkan tempat senjata itu disembunyikan.

Selain senapang patah, katanya, polis turut merampas beberapa kelongsong peluru termasuk yang telah digunakan untuk menembak mangsa.

"Susulan tangkapan suspek-suspek dan rampasan senapang patah, kita yakin kes pembunuhan Bill Kayong berjaya diselesaikan," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, pasukan penyiasat khas kini masih lagi mengesan beberapa suspek yang masih bebas.

Pada 1 Julai lepas, enam suspek - lima lelaki dan seorang perempuan berusia 22 dan 41 tahun ditahan reman selama tujuh hari setelah mangsa ditembak mati individu tidak dikenali di persimpangan lampu isyarat Lutong pada 8.30 pagi, 21 Jun lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitter mengucapkan tahniah kepada Polis Sarawak menyelesaikan pembunuhan Kayong.

"Bill Kayong's case solved. Shooter arrested and murder weapon recovered (Kes Bill Kayong selesai. Penembak ditahan dan senjata yang digunakan untuk membunuh ditemukan)," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Bill Kayong

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan