Polis Sahkan Serangan Bom Di Kelab Movida Oleh IS

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2016 3:58 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan kejadian pengeboman di kelab malam Movida di Puchong minggu lalu adalah serangan IS yang pertama kali berlaku di Malaysia.

Ketua Polis NegaraTan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, serangan itu berlaku berikutan arahan daripada anggota Isis yang merupakan warga tempatan, Muhamad Wanndy Mohamad dari Syria sehingga menyebabkan lapan orang tercedera.

"Sejak insiden 28 Jun hingga 1 Julai lalu, kami telah menahan 15 orang termasuk dua lelaki yang bertindak membaling bom tangan," jelasnya.

Turut disahkan dua daripada 15 yang ditahan merupakan anggota polis.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan