Reman Sanjeevan Dilanjut - Berita Jenayah | mStar

Reman Sanjeevan Dilanjut

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2016 9:02 PM

Sanjeevan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tempoh reman Datuk R. Sri Sanjeevan dilanjutkan sehari berikutan siasatan diteruskan terhadap beliau kerana disyaki terlibat ugutan jenayah dan pemerasan daripada pengendali judi ekor tanpa lesen.

Peguamnya, S. Prakash berkata, pengerusi pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch) itu dibawa ke mahkamah Duta pada kira-kira pukul 3.30 petang Isnin.

"Ia (reman) dilanjutkan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan," katanya.

Ditanya sekiranya Sanjeevan akan didakwa pada Isnin, Prakash berkata, beliau tidak pasti berhubung perkara itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis perlu menyiasat lagi laporan yang dibuat terhadap Sanjeevan.

"Hanya baru-baru ini, banyak laporan dibuat terhadap beliau, jadi kita perlu membuat siasatan berdasarkan laporan-laporan itu," katanya.

Sanjeevan, 31, ditahan pasukan dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (D7) pada 23 Jun lalu semasa seorang pengusaha judi haram menemui Sanjeevan di plaza tol Nilai dan menyerahkan lebih RM25,000.

Turut ditahan pemandunya, seorang warga India.

Tags / Kata Kunci: Sanjeevan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan