Remaja 16 Tahun Ditahan Disyaki Lakukan Rompakan Bersenjata

Diterbitkan: Ahad, 3 Julai 2016 11:15 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang remaja berusia 16 tahun kerana disyaki terbabit dalam rompakan bersenjata ke atas pemilik sebuah kedai serbaneka di Jalan Tapah di sini pada Ahad petang.

Kejadian berlaku pada pukul 3.35 petang dengan pemilki premis itu yang berumur 58 tahun dicederakan dengan pisau, namun tiada barangan yang dicuri daripada kedai tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata polis menerima laporan daripada anak lelaki pemilik kedai yang mengatakan bapanya telah diserang seorang individu.

Beliau berkata mangsa diserang ketika berada di kaunter bersendirian.

"Berlaku pergelutan hingga menyebabkan mangsa cedera di tangan, lengan dan kepala sementara penyerang turut cedera apabila orang ramai menghalangnya daripada melarikan diri," katanya.

Kes disiasat kerana merompak menggunakan senjata.

Tags / Kata Kunci: Rompakan Bersenjata

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan