Dua Wanita Melecur Dapur Gas Meletup Ketika Sahur

Diterbitkan: Ahad, 3 Julai 2016 12:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua wanita melecur apabila dapur yang  dipercayai digunakan untuk menyediakan juadah sahur meletup di sebuah rumah di  Bandar Tasik Selatan di sini, Ahad.

Kejadian kira-kira 4 pagi itu menyebabkan Aminah Adnan, 52, melecur hampir 30 peratus di muka, tangan dan kaki manakala warga Indonesia, Nawen, 36, melecur hampir 40 peratus di muka, tangan, kaki dan badan.

Pegawai Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi, Matruzi Ismail berkata kejadian itu turut menyebabkan sebahagian dapur rumah itu rosak.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk  mendapatkan rawatan, katanya ketika dihubungi Bernama.

Matruzi berkata bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.17 pagi dan tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian bersama lima anggota dan sebuah jentera bomba.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Bandar Tasik Selatan , Nawen , Sungai Besi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan