Polis Tahan Lelaki Serang Wanita Di Jejantas Bank Negara

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2016 3:31 PM

Insiden seorang lelaki menendang petugas wanita Bank Negara dari belakang menyebabkan suspek ditahan di Jinjang, Jumaat malam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang disyaki menendang seorang wanita di jejantas di sini Khamis lalu seperti yang terakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) ditahan polis Jumaat malam.

Aksi lelaki itu di jejantas Bank Negara yang menjadi viral menjadi topik perbualan hangat dan dikecam para netizen.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata suspek berusia 33 itu ditahan pada pukul 11.30 malam di Jinjang.

"Suspek pernah ditangkap kerana cuba menceroboh masuk ke kawasan Bank Negara dengan bersenjatakan parang dan kes itu telah dituduh di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata suspek sebelum ini dipercayai pernah menyerang seorang wanita berhampiran Bank Negara namun mangsa tidak membuat laporan polis.

Dalam kejadian Khamis itu, mangsa yang bertugas di Bank Negara sedang berjalan di jejantas berkenaan apabila dia tiba-tiba ditendang dari arah belakang oleh seorang lelaki.

Akibat serangan itu mangsa cedera di pipi kanan akibat terjatuh dan dirawat di Hospital Pantai, Bangsar.

Dalam rakaman CCTV berdurasi 36 saat itu yang tersebar di media sosial menunjukkan wanita berkenaan tersungkur di lantai jejantas itu.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Bank Negara , CCTV

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan