Bapa, Anak Perempuan Rentung Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2016 6:23 PM

Pasukan keselamatan sedang mengeluarkan mayat dua beranak yang rentung dalam kebakaran di kediaman mereka di Taman Jati, Rawang, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kebakaran pada pagi Sabtu di Taman Jati, Rawang meragut nyawa seorang bapa dan anak perempuannya yang berusia lapan tahun.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul, pasukannya tiba di lokasi pada kira-kira pukul 10 pagi.

Katanya, sebaik tiba di kediaman teres dua tingkat itu, api sedang marak dan kebakaran kemudiannya dapat dikawal pada 10.48 pagi.

Bagaimanapun, ketika memeriksa tempat kejadian, pihaknya menemui dua mayat yang rentung di bilik tidur utama rumah itu. 

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohad Syafiee Muhammad Ismail, 39 dan anaknya, Nazifa Nawwarah.

Mohamad Sani berkata, pihaknya akan menyiasat lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

Tags / Kata Kunci: Taman Jati , Rawang , Mohamad Sani Harul

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan