Sembilan Suspek Ditahan Terlibat Dengan Judi Euro 2016

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2016 12:05 AM

Mohd Nashir Ya (kiri) bersama anggotanya menunjukkan komputer riba dan pelbagai alatan lain yang digunakan untuk perjudian 'bookie' sepanjang Euro 2016 ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah Khamis. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sembilan suspek terlibat dalam pertaruhanharam sempena bola sepak Euro 2016 ditahan polis Kedah dalam 14 serbuan menerusi 'Op Saga IV' Euro 2016.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Mohd Nashir Ya berkata, kesemua suspek berusia antara 20-an dan 50-an ditahan bermula pada 10 Jun hingga 29 Jun lepas, hasil risikan dan maklumat awam di beberapa tempat di negeri ini.

Katanya hasil serbuan itu pihaknya merampas pelbagai peralatan perjudian seperti telefon bimbit, komputer riba, kelengkapan Internet, slip penyata bank disyaki transaksi pertaruhan dan wang tunai bernilai RM6,475.

Beliau berkata hasil siasatan pada komputer riba yang dirampas mendapatiterdapat laman sesawang yang disyaki menjalankan pertaruhan Euro.

"Hasil siasatan mendapati nilai pertaruhan setiap hari berjumlah RM180,000 dan nilai pertaruhan keseluruhan yang telah dilakukan suspek bernilai RM2.5juta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Khamis.

Nashir berkata kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Rumah Judi Terbuka1953 yang boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM20,000 dan tidak lebih RM200,000 serta penjara tidak kurang daripada lima bulan.

Sementara itu, katanya polis meminta orang ramai tampil memberi maklumat berkaitan kes samun sehingga menyebabkan kecederaan pada seorang wanita berumur 20-an di Kuala Sungai di sini pada kira-kira 1 tengah hari semalam (29 Jun).

Beliau berkata pihaknya sedang mengesan dua lelaki berusia 20-an dipercayai terlibat dalam kes tersebut yang menyebabkan mangsa patah tulang pipi, retak tulang pada bahagian kening serta mengalami pendarahan dalam kepala.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun sehingga menyebabkan kecederaan pada mangsa.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Judi Euro

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan