Dua Maut Bas Langgar Pembahagi Jalan Di Bukit Merah

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2016 10:51 PM

Keadaan bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 194.9 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara petang Jumaat.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dua maut selepas sebuah bas ekspres terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer (KM) 194.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Bukit Merah di sini, petang Jumaat.

Kemalangan berlaku apabila bas tersebut cuba mengelak tayar di lorong bersebelahan.

Pemandu bas itu hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan kira-kira pukul 5.45 petang.

Bas tersebut membawa 38 penumpang, kata Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob.

Menurut laporan awal, seorang wanita yang duduk di bahagian hadapan tercampak keluar dari bas semasa kemalangan itu.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu bas, Zulkifli Mohd Yusof dari Kuala Lumpur dibawa ke klinik Gunung Semanggol sebelum disahkan meninggal dunia di klinik tersebut.

"Kami masih menunggu maklumat lanjut mengenai kejadian itu. Namun setakat yang kita tahu dua mangsa maut dalam kemalangan tersebut.

"Buat masa ini, kami masih menyiasat dan menunggu laporan penuh," katanya.



Tags / Kata Kunci: kemalangan , bas ekspress , PLUS

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan