Lelaki Thailand Ditahan Cuba Seludup Pistol Di Bukit Kayu Hitam

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2016 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang lelaki warga Thailand ditahan ketika cuba menyeludup sepucuk pistol dalam satu sekatan jalan raya di KM1.3 Lebuhraya Utara Selatan di Bukit Kayu Hitam pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mohd Nashir Ya berkata suspek berusia lewat 30-an menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan ditahan oleh Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) kira-kira pukul 9 malam.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati sepucuk pistol jenis Pietro Beretta beserta 15 butir peluru yang diikat pada pinggang suspek bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.

"Kita percaya senjata api itu diseludup masuk ke negara ini secara haram dipercayai untuk dijual kepada pihak tertentu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di sini hari ini.

Katanya suspek yang bekerja sebagai buruh direman selama tujuh hari bermula 29 Jun lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971 dan Seksyen 8(A) Akta Senjata Api 1960.

Sementara itu, Nashir berkata polis menahan dua lelaki tempatan berusia 20-an dan 40-an dan merampas pelbagai jenis mercun dalam dua serbuan berasingan di Laka Temin, Bukit Kayu Hitam, Selasa lepas.

Beliau berkata dalam serbuan pertama kira-kira pukul 11 malam itu, pihaknya merampas lapan kotak dan 20 guni berisi pelbagai jenis mercun bernilai RM5,000 di rumah keluarga suspek.

Katanya kira-kira pukul 11.30 malam, pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 40-an di tepi jalan di Laka Temin dan merampas tiga kotak dan enam bungkusan mercun bernilai RM3,000 dalam kereta milik suspek.

"Kita percaya mercun tersebut diseludup dari negara jiran dan mahu menyimpan mercun tersebut sebelum diedarkan kepada pelanggan. Kedua-dua mereka direman sehari selepas tangkapan dibuat untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan