Polis Sahkan Terima Laporan Gangguan Seksual Oleh Pedofilia - Berita Jenayah | mStar

Polis Sahkan Terima Laporan Gangguan Seksual Oleh Pedofilia

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2016 12:17 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Polis mengesahkan menerima satu laporan berkaitan aktiviti gangguan seksual oleh pedofilia ke atas kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, Rabu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Menurut fakta kes, dalam kejadian pada pukul 6.30 petang pada Isnin lepas, pengadu yang berada di kediamannya di Nilai telah dimaklumkan oleh anak lelakinya terdapat seorang lelaki Melayu yang dikenali di laman sosial Facebook telah menghantar mesej berbaur lucah.

Namun pada Selasa, pengadu itu telah menghubungi lelaki berkenaan menerusi aplikasi Facebook Mesengger untuk mengetahui apakah yang diingini suspek terhadap anaknya dan ibu mangsa bagaimana pun telah disekat (blocked) oleh suspek selepas mengetahui tujuannya.

Justeru itu, satu laporan polis dibuat oleh pengadu semalam.

Zaldino berkata berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, perkenalan suspek dan mangsa bermula pada Februari lepas menerusi Messenger.

Katanya,berdasarkan perbualan suspek dengan anak pengadu sebelum ini adalah biasa namun berubah sejak tiga hari kebelakangan ini apabila suspek mula menghantar mesej berbaur lucah.

"Selain itu, suspek juga ada mengajak mangsa berjumpa dan memancing mangsa menawarkan PSP (PlayStation Portable) agar mangsa tidak bosan di rumah.

"Selepas mangsa memberitahu mesej berkenaan kepada pengadu, pengadu telah membuat panggilan melalui Facebook Messenger namun gagal. Selepas itu pengadu memberi amaran kepada suspek agar tidak mengganggu lagi anaknya dan akaun sosial pengadu dan suami bagaimana pun telah disekat (blocked) oleh suspek pada Selasa lepas," katanya.

Beliau berkata pengadu juga telah dimaklumkan bahawa akaun facebook suspek yang menggunakan nama 'Aiman Fauzi' telah ditutup.
Kes disiasat mengikut Seksyen 509 dan 292 Kanun Keseksaan.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan