Mayat Bayi Lelaki Ditemukan Di Masjid Gopeng - Berita Jenayah | mStar

Mayat Bayi Lelaki Ditemukan Di Masjid Gopeng

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2016 3:42 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di dalam bungkusan plastik merah beserta nota yang diletakkan di atas meja di luar Masjid Jamek Baru Gopeng di sini, malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata mayat bayi itu dijumpai oleh pengerusi masjid berkenaan kira-kira pukul 10.35 malam.

Beliau berkata nota yang disertakan itu bertulis 'Assalamualaikum minta jasa masjid mengebumikan dan sembahyangkan anak saya'.

"Bayi lelaki yang baharu dilahirkan itu seberat 900 gram dan cukup sifat, mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mengenal pasti punca kematian," katanya ketika dihubungi, Khamis.

Tags / Kata Kunci: buang bayi , bayi lelaki , Ng Kong Soon
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan