KPN Beri Jaminan Langkah Berjaga-Jaga Diambil

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2016 6:43 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan pihak keselamatan mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi sebarang serangan atau ancaman militan Daesh dan pengganas di Malaysia.

Namun, katanya, masyarakat juga perlu menyedari tentang ancaman yang boleh dibawa kumpulan militan serta bekerjasama dengan pihak keselamatan melaporkan sebarang bentuk kegiatan Daesh di kawasan masing-masing.

Katanya insiden seperti serangan di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul, Turki mungkin boleh berlaku di negara ini namun ia boleh dihindari sekiranya masyarakat mengambil langkah berhati-hati.

"Bagi pihak masyarakat, kita harap agar segera melaporkan sebarang perbuatan yang boleh disyaki kepada polis supaya tindakan dapat diambil bagi mengelak perkara buruk daripada berlaku," katanya mengulas serangan di Lapangan Terbang Ataturk yang meragut 41 nyawa dan mecederakan beratus-beratus yang lain.

Ketika ditemui pemberita pada Majlis Jalinan Ramadan Pergerakan Wanita Umno di sini pada Khamis, Khalid berkata usaha polis untuk menemu bual pedofil warga Britain Richard Huckle secara bersemuka belum dapat dilaksanakan dalam masa terdekat kerana kekangan sistem perundangan.

Khalid berkata walaupun permohonan telah dibuat untuk berjumpa dan menemu bual Huckle di penjara, pihaknya dimaklumkan ia akan memakan masa kerana perlu melalui sistem perundangan bersama yang membabitkan kementerian luar dan peguam negara kedua-dua negara.

Pedofil warga Britain itu dihukum penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah di London pada 7 Jun lepas kerana melakukan pencabulan seksual ke atas 23 kanak-kanak di Malaysia serta bayi dan kanak-kanak di Kemboja dalam tempoh hampir satu dekad.

Sebanyak 91 pertuduhan dikenakan terhadapnya dan kebanyakan mangsanya adalah daripada golongan miskin di Kuala Lumpur.

Mengenai jumlah anggota polis yang akan bertugas sepanjang Aidilfitri, Khalid berkata ia adalah mencukupi kerana hanya 10 peratus daripada keseluruhan anggota dan pegawai dibenarkan bercuti, manakala bagi pasukan trafik tiada cuti diberikan sehingga Op Selamat yang bermula Selasa lalu tamat pada 13 Julai.

Tags / Kata Kunci: Polis

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan