Mangsa Letupan Mungkin Jadi Sasaran

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2016 2:27 PM

(Ubah saiz teks)

PUCHONG: Terdapat kemungkinan bahawa mangsa tertentu dalam serangan bom tangan di Puchong pada pagi Selasa yang menyebabkan lapan orang cedera dijadikan sasaran, kata Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar.

Abd Rahim berkata, terdapat kemungkinan bahawa ada individu di pusat hiburan di Puchong itu yang telah menjadi sasaran penyerang.

"Mereka (penyerang) mungkin mempunyai sasaran tertentu dalam serangan itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Selamat 9 di Plaza Tol Air Hitam di sini Rabu.

Beliau berkata polis juga telah mempunyai petunjuk terhadap suspek tetapi enggan mengulas lanjut.

Abd Rahim berkata polis telah menubuhkan pasukan petugas khas yang diketuai oleh Jabatan Siasatan Jenayah Selangor untuk menyiasat serangan itu.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Tags / Kata Kunci: bom Puchong , Datuk Abd Rahim Jaafar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan