Guan Eng Kena Cekup

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2016 6:18 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan waran tangkap kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dipercayai berhubung pembelian banglo di Jalan Pinhorn, pada harga RM2.8 juta.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin melalui akaun Twitter pada kira-kira pukul 5.50 petang, Rabu.

"Waran tangkap telah dikeluarkan kepada Ketua Menteri. Beliau akan dibawa ke SPRM HQ bila-bila masa tidak lama lagi #penang," demikian tulis Dr Afif.

Sementara itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menerusi Twitter juga berkata: "Guan Eng ditahan oleh SPRM atas dua pertuduhan rasuah dan akan ke mahkamah pagi esok."

Sebelum itu, The Star Online melaporkan bahawa pegawai-pegawai SPRM berada di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang di Komtar ketika Lim sedang mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.

Kira-kira pukul 4.55 petang, lima hingga lapan pegawai tiba di pejabat Lim di tingkat 28.

Mereka memasuki sebuah bilik mesyuarat dan menunggu di dalam.

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan