Belum Ada Tangkapan Berhubung Kes Bunuh Bill Kayong - Pesuruhjaya Polis Sarawak

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2016 3:07 PM

Bill Kayong

(Ubah saiz teks)

KOTA SAMARAHAN: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor pada Rabu berkata belum ada sebarang tangkapan berhubung kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong.

Katanya, siasatan masih diteruskan oleh pasukan khas yang ditubuhkan bagi  menyiasat kes berkenaan.

"Kita bekerja siang dan malam untuk menyiasat dan menyelesaikan kes berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 9/2016 sempena sambutan Aidilfitri di Summer Shopping Mall di sini Rabu.

Bill, 43 yang merupakan calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri Bekenu pada pilihan raya negeri Sarawak Mei lepas, ditembak mati di persimpangan lampu isyarat Kuala Baram, Miri pada kira-kira jam 9.20 pagi 21 Jun lepas.

Mengenai Op Selamat yang bertema "Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi", Mazlan berkata penggunaan perangkap had laju akan dikuatkuasakan semula sepanjang operasi kali ini dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang semakin meningkat di negeri ini.

Katanya, pemandu yang didapati memandu melebihi had laju yang dibenarkan akan dikeluarkan saman serta-merta.

Beliau berkata pasukan khusus juga akan ditugaskan bagi memantau pemandu-pemandu yang melanggar lampu isyarat lalu lintas.

Mazlan juga mengingatkan pengguna jalan raya agar tidak menghalang lorong kecemasan sehingga menghalang pasukan bantuan kecemasan bergerak dengan pantas ke tempat kemalangan untuk menyelamatkan mangsa kemalangan.

"Perkara seperti ini pernah berlaku sebelum ini dan kita tidak mahu ia berulang," katanya.

Kepada pengusaha bot penumpang, beliau menasihatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan kerana operasi mereka akan turut dipantau.

Tags / Kata Kunci: Bill Kayong , kes bunuh , Datuk Mazlan Mansor

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan