Bekas KPN Terkejut Sanjeevan Ditangkap - Berita Jenayah | mStar

Bekas KPN Terkejut Sanjeevan Ditangkap

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2016 3:16 PM

Tan Sri Musa Hassan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terkejut apabila mengetahui bahawa pengerusi MyWatch Datuk R. Sri Sanjeevan telah ditangkap kerana didakwa peras ugut.

Musa, yang pernah menjadi penaung MyWatch berkata beliau terkejut apabila mengetahui tentang penangkapan Sanjeevan.

"Dia kelihatan seperti seorang yang benar-benar jujur dalam usaha mengurangkan jenayah di negara ini.

"Selepas ditangkap, saya mendapati ia menjadi sebaliknya." katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini, Rabu.

Beliau berkata polis perlu menjalankan pemeriksaan latar belakang ahli NGO itu untuk memastikan mereka tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan