Polis Rampas Dadah Bernilai RM18,000

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2016 6:40 PM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM18,000 dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Kampung Air Kuning dekat sini, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harrith Kam Abdullah berkata dalam serbuan pada 1.50 pagi itu, sepasukan polis Bahagian Narkotik Taiping telah bertindak  berdasarkan hasil maklumat yang diperoleh.

Polis turut menahan seorang lelaki berumur 41 tahun yang tinggal di dalam kawasan bengkel tersebut, katanya.

"Hasil pemeriksaan dalam bengkel, polis menemui dan merampas 10 paket berisi bahan disyaki heroin seberat 530 gram dan lima paket plastik bahan disyaki methaphetamine di atas meja tempat suspek ditahan.

"Kita juga menyita tiga kereta iaitu Volkswagen Jetta, Honda Civic dan Toyota Hilux untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Harrith Kam berkata hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk rampasan dadah jenis heroin dan Seksyen 12(2) akta yang sama bagi rampasan dadah jenis methaphetamine.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan