Lapan Cedera Insiden Letupan Di Pusat Hiburan

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2016 8:08 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Lapan cedera dalam insiden letupan di bahagian luar sebuah pusat hiburan di IOI Boulevard di sini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata letupan berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi Selasa.

Difahamkan semasa kejadian pengunjung di pusat hiburan tersebut sedang leka menonton perlawanan Euro 2016 antara pasukan Itali dan Sepanyol di ruang tempat duduk di bahagian luar premis terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Mohd Hisam Mat Yasih berkata mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3 pagi.

Pihak berkuasa sedang memeriksa punca letupan itu.

Seorang pengawal keselamatan yang berada di kawasan itu berkata dia terlihat  kepulan asap tebal dari premis tersebut sejurus selepas letupan.

Dia turut melihat tiga pengunjung cedera akibat serpihan kaca yang pecah.

Seorang pekerja di premis tersebut berkata lebih 20 pengunjung berada di tempat kejadian yang turut menayangkan perlawanan pusingan kelompok 16 pasukan terbaik Euro 2016 antara Sepanyol dan Itali.

Tags / Kata Kunci: Sepanyol , Itali , Euro 2016 , letupan , pusat hiburan

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan