Pengedar Warga Emas Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM222,250

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 6:11 PM

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abd Aziz (tengah) menunjukkan pil serta serbuk disyaki dadah jenis ecstasy seberat 931 gram bernilai RM222,250 yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Muhibbah, Ulu Tiram awal pagi Ahad, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis menahan seorang warga emas dan merampas pil dan serbuk dipercayai dadah jenis ekstasi bernilai RM222,250 dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Taman Muhibbah, Ulu Tiram di sini, tengah malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt. Jokhiri Abd Aziz berkata dalam serbuan pukul 12.50 tengah malam itu, lelaki tempatan berusia 67 tahun itu ditahan selepas polis menemukan 2,175 biji pil berwarna merah, hijau dan oren seberat 900 gram di atas sebuah meja di rumah berkenaan.

Selain itu, polis turut menemukan 31 gram serbuk kuning dipercayai ekstasi dan sebuah alat penimbang di atas meja tersebut, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini Isnin.


Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki itu menyewa rumah terbabit sejak lapan tahun lepas, namun, dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah untuk kelab-kelab malam di sekitar bandar raya ini sejak lima bulan lepas.

Katanya lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan air kencing mendapati dia negatif terhadap dadah.

Selain dadah berkenaan, Jokhiri berkata polis turut menemukan sebuah pasport dan MyKad milik orang lain dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

"Suspek itu kini direman sehingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum gantung sampai mati, jika sabit kesalahan," katanya.


Tags / Kata Kunci: ekstasi , pengedar dadah , Jokhiri Abd Aziz

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan