Lelaki Mati Dalam Kejadian Letupan Bengkel

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 1:51 PM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Seorang lelaki ditemukan mati dalam kejadian letupan gas di sebuah bengkel servis lori dan kereta di Jalan Ling Dik Kong di sini Ahad malam.

Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Mutalib Rashid berkata mangsa dikenali sebagai Hasmi Belengking, 24, dari Rumah Raweng, Nanga Beguang, Song ditemukan dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di balik pintu depan bengkel.

"Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pihak ambulans dan kemudian mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pihaknya dimaklumkan polis yang berada di lokasi bahawa satu letupan telah berlaku dan seorang mangsa telah terperangkap di dalam bengkel itu.

Api berjaya dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadam api.

Mutalib berkata sebaik menerima panggilan kebakaran itu pada 10.29 malam, sepasukan sembilan anggota bomba dari Balai Sungai Merah dikejarkan ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahri Abdullah berkata polis sedang menjalankan siasatan terperinci dari semua aspek bagi menentukan sama ada kematian mangsa terdapat elemen jenayah atau sebaliknya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan